5 Tips Untuk Kekal Fokus

Friday, June 26, 2015
Ramai antara kita seringkali mengalami masalah untuk kekal fokus. Fokus dalam pembelajaran mahupun kerja. Bila kita tidak fokus untuk melakukan sesuatu perkara maka hasilnya amatlah tidak memuaskan. Kita perlu fokus dalam membuat sesuatu perkara untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Disini saya kongsikan beberapa tips untuk kekal fokus.



1) Merancang 
Menyediakan jadual tugasan harian untuk dilakukan pada setiap hari. Hal ini amat perlu kerana ada sahaja aktiviti yang akan menggoda kita saat kita sedang fokus untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kita perlu pecah-pecahan tugasan yang mana penting dan tidak penting. Kita juga harus mengambil kira masa untuk tugasan tersebut perlu disiapkan. Selesaikan hal yang penting dan segera dahulu sebelum melakukan hal-hal yang tidak berapa penting. Kalau boleh selesaikan hal yang mudah sebelum bergerak kepada yang lebih susah. Ini bukan sahaja menjimatkan masa kita malah kita lebih tenang kerana banyak hal yang remeh telah selesai. Kita akan lebih fokus kepada perkara yang lebih susah.

2) Belajar atau bekerja secara berperingkat
Rata-rata antara kita hanya boleh fokus tidak lebih dari satu jam untuk sesuatu tugasan. Maka ambillah waktu untuk rehat antara 5-10 minit untuk merehatkan minda kita. Dalam masa rehat ini kita boleh melakukan sesuatu yang kita buat contohnya membancuh kopi, bejalan-jalan atau bermain permainan dalam talian. Ini juga boleh membuatkan mood kita bertambah baik untuk kekal fokus.

3) Mengolah nota kerja
Kita perlu pandai mengolah kerja yang diberikan oleh bos atau pensyarah. Buat catatan untuk rekod kita sendiri dan sebagai rujukan pada hari yang mendatang. Jika ada masa buat la rekod cantik-cantik dan menarik supaya kita tidak mudah lupa.

4) Tempat yang tenang pengganggu 
Hindari lokasi belajar yang berisiko, bila perlu menyendirilah. Kita boleh  memberitahu orang-orang disekeliling bahawa ada tugasan yang perlu diselesaikan dan mohon supaya tidak diganggu. 

5) Rehat sebentar
Jangan paksakan diri untuk bekerja jika sudah letih. Istirahatlah terlebih dahulu, kemudian sambunglah setelah segar kembali.

Semoga kita sentiasa berjaya dalam pelajaran mahupun pekerjaan yang kita lakukan. Semoga berjaya kawan.




No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.