5 Risiko Hamil Pada Usia 35 Tahun Dan Ke Atas

Tuesday, September 13, 2016


Hamil pada usia 35 tahun dan keatas mempunyai beberapa risiko yang mungkin dihadapi oleh wanita dan pasangan.

Antara risiko hamil pada usia 35 tahun dan keatas yang sering dibicarakan ialah :


1) Kemungkinan mengalami keguguran

Risiko keguguran mungkin terjadi disebabkan oleh kualiti sel telur yang dihasilkan sudah menurun berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke bawah. Hal ini mungkin menyebabkan janin tidak dapat berkembang dengan baik sehingga boleh menyebabkan keguguran. 

2) Melahirkan Bayi Pra-matang

Masalah kelahiran sebelum waktunya dipanggil pra-matang dalam tempoh sebelum 37 minggu. Bayi yang lahir pra-matang akan mengalami banyak masalah terutamanya masalah kesihatan dan perkembangan. Ia memerlukan penjagaan yang rapi. Selalunya bayi pra-matang memiliki daya tahan tubuh yang lebih lemah. Ini akan menyebabkan bayi ini mudah dijangkiti penyakit.

3) Berat Bayi Lebih Rendah

Kemungkinan bayi yang lahir akan berada kurang daripada paras normal. Ini juga berkait rapat dengan bayi pra matang. Ibu hamil yang berumur 35 tahun ke atas perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat untuk perkembangan janin dalam rahim.

4) Bayi Mengalami Kecacatan Kromosom

Sel telur yang dimiliki oleh wanita berumur 35 tahun ke atas sudah mengalami penurunan. Salah satu penyebab dan risiko hamil pada usia lewat ialah bayi yang bakal lahir kemingkinan cacat atau kelainan kromosom. Hal ini disebabkan kualiti telur yang dihasilkan lebih rendah berbanding wanita yang berumur 25 tahun.

5) Gangguan Pada Kesihatan Ibu

Si ibu mungkin akan mengalami pelbagai masalah ketika hamil pada usia begini. Antaranya ialah kencing manis dan darah tinggi. Pada waktu kekuatan fizikal wanita menurun jika dibandingkan dengan waktu produktifnya.

Ini hanya beberapa risiko yang mungkin dialami oleh wanita yang berusia 35 tahun dan ke atas. Segala yang berlaku dengan izin yang maha ESA. Kita hanya mampu merancang dan berdoa supaya semua yang diharapkan berjalan dengan lancar.



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.