Alzeimer's dan Gejalanya

Friday, March 24, 2017
Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Dalam Bahasa Melayu sinonim dengan perkataan nyanyuk iaitu hilang ingatan dan kewarasan.



Nyanyuk sering dikaitkan dengan orang tua namun Alzheimer's tak mengira usia. Yang muda pun boleh kena Alzheimer's ni.



Biasanya orang yang terkena penyakit Alzheimer's ini hanya boleh hidup antara 8 tahun sahaja. Tetapi terdapat juga yang penyakitnya terkawal dan boleh hisup sehingga 20 tahun. Ini Bergantung kepada kadar kemerosotan otak bagi setiap pesakit itu berbeza.

Antara simptom-simptom penyakit Alzheimer's :-

1 - Hilang keupayaan untuk menerima info dan maklumat baru.
Contoh : lupa appointment, bertanya soalan sama berulang kali, lupa jalan yang biasa dilalui ( balik rumah).

2- hilang keupayaan untuk berfikir.
Contoh : bahaya memegang cerek panas, tak boleh plan aktiviti yang hendak dibuat

3- Hilang keupayaan mengenal pasti objek ( bukan disebabkan oleh rosak penglihatan).
Contoh : tak kenal ahli keluarga sendiri, tak boleh pakai baju sendiri

4- Keupayaan membaca, menulis dan bercakap terjejas.
Contoh : hilang perkataan yang hendak disebut, typo

5- Perubahan personaliti dan tingkah laku.
Contoh : hilang rasa kesian, taknak bersosial, hilang mood

Bila terjadi hilang ingatan dan sekurang-kurangnya 2 atau lebih simptom tersebut, baru lah doktor akan diagnos orang tu mempunyai Alzheimer's.


Siapa yang berisiko mendapat Alzheimer's?

1- Warga emas yang berusia lebih dari 65 tahun.
2- Mempunyai family history - orang yang ada ahli keluarga menghidap Alzheimer's lebih berisiko.
3- Orang yang mempunyai gene APOE ( apolipoprotein E) - lebih berisiko berbanding mereka yang tidak mempunyai gene ini.

Mereka ini mempunyai risiko yang kita tidak boleh kawal.

Namun terdapat juga golongan yang berisiko tapi boleh dikawal iaitu :


1. Pesakit diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi --> berisiko mendapat strok dan dementia.

2. Orang yang kurang berpelajaran & tidak berkerja.

3. Pernah mengalami kecederaan otak.

4. Mengalami kesukaran tidur atau tidur tak tentu masa.


Apa terjadi kepada otak pesakit Alzheimer's?

Saiz otak tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).

Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.

Perbezaan antara otak yang normal dengan otak pesakit Alzheimer's.


Perbezaan sel-sel antara otak yang normal dengan otak pesakit Alzheimer's.



Bagaimana Resveraterol membantu pesakit Alzheimer's?


Kajian yang dilakukan oleh pakar pada tahun 2015 mendapati dengan memberikan Resveraterol dalam dos yang tinggi kepada pesakit Alzheimer's tahap kemererosotan fungsi otak semakin berkurangan dan ada yang terus berhenti. 

Pesakit diberikan Resveraterol yang bersamaan dengan 1000 botol wine setiap hari.

Maknanya, keadaan pesakit Alzheimer's tidak jadi makin kronik!

Didapati bahawa kadar protein beta amiloid40 kekal pada tahap yang sama dan tidak berkurangan sepertimana terjadi kepada pesakit lain.



*Resveraterol mengurangkan keradangan di Otak*

Otak pesakit Alzheimer's biasanya mengalami kerosakan disebabkan oleh keradangan. Keradangan terjadi disebabkan oleh protein yang tergumpal di dalam otak.

Antara hasil kajian yang masih perlukan kepastian

1. Kajian juga mendapati kadar respons imuniti menjadi lebih baik. Protein neurotoxic makin berkurangan.

2. Resveraterol mengurangkan pembengkakan otak yang disebabkan oleh keradangan.

Kredit Kepada : Turbo Class


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.