6 Manfaat Berbengkung Untuk Ibu Bersalin Supaya Kekal Sihat dan Kembali Cantik

Thursday, April 20, 2017


Assalamuaikum semua.

Berbengkung semasa dalam pantang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu. Kini berbengkung bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Melayu malah kaum lain di Malaysia juga sudah celik tentang amalan berbengkung. 

Sekarang ini tak susah untuk mendapatkan bengkung yang sesuai untuk dipakai semasa dalam pantang sama ada bengkung moden atau tradisional.

Antara manfaat berbengkung ialah :-

1. Mempercepatkan proses pemulihan bentuk abdomen wanita secara selamat secara semulajadi.

2. Menjaga postur tubuh yang baik semasa menyusukan bayi.

3. Membantu memecahkan lemak dan mengelakkan selulit.

4. Melindungi organ dalaman serta membantu mengecutkan rahim kembali kepada kedudukan asal.

5. Meratakan dan mengempiskan perut supaya nampak lebih ramping.

6. Mengurangkan berat badan kerana berbengkung membantu mendisiplinkan diri dari terlebih makan.

Banyak lagi manfaat berbengkung sekiranya diamalkan dengan disiplin. Bukan sahaja mengembalikan bentuk badan yang cantik malah kesihatan dalaman juga terjaga. Jangan tinggalkan amalan berbengkung kerana hasilnya memang menberikan impak yang hebat untuk bentuk tubuh serta kesihatan.


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.