5 SEBAB KENAPA SAYA LEBIH SUKA MENULIS DI BLOG BERBANDING DI FACEBOOK

Tuesday, May 23, 2017


Saya mula menulis blog pada tahun 2010. Masa tu terikut-ikut dengan rakan-rakan lain yang suka meluahkan perasaan di blog. Tahu sajalah nak share dengan orang lain belum tentu ada orang faham. Jadi banyaklah share rasa hati di blog haha. Menulis untuk suka-suka.

5 sebab kenapa Feni lebih suka tulis di blog berbanding di facebook :-


1. Boleh menulis dengan panjang lebar

Facebook ni bila kita tulis panjang lebar bila dah lama-lama akan tenggelam, susah nak cari balik. Blog senang nak search atau nak study balik.

2. Content kekal selamanya dalam blog

Selagi tak delete entry tu selagi tu ada dalam blog. Kalau dalam facebook kena scroll jauh ke bawah sampai pening kepala. Kena telan B-Complex ni.

3. Senang menjadi rujukan

Contoh macam saya yang buat bisnes online tentang suplemen. Saya akan bagi link tentang sesuatu produk itu untuk memudahkan pelanggan saya membuat rujukan. Kita bukan robot yang boleh ingat semuanya dalam kepala.

4. Salah satu medium dakwah

Setiap orang muslim adalah kalifah untuk menyampaikan dakwah. Dakwah untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bila menulis di blog kita secara tak langsung memotivasikan diri sendiri untuk menjadi baik dan lebih baik.


5. Dunia tanpa sempadan

Limit untuk friends dalam facebook adalah hanya 5000 orang manakala blog adalah tidak terhad. Semua orang boleh melihat blog kita. 

Jadi untuk yang baru nak memulakan bisnes secara online tu jangan lupa menulis di blog juga.

Berdasarkan survey Mindjumpers:
• Blog mencatatkan 80% dijumpai apabila pengguna menggunakan Internet
• 23% masa pengguna diluangkan untuk membaca blog (iaitu 2 kali ganda masa bermain game)


Mengikut Marketing Charts:

• Seramai 60% pengguna menulis sebanyak 1 entri seminggu dan hanya 10% bloggers menulis setiap hari di blog.

Bila ada blog orang  senang nak search tentang perniagaan kita. 

Selamat berblog ya sahabat !


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.