9 TIPS MENINGKATKAN TENAGA SECARA SEMULAJADI


Lusa kita akan menyambut Ramadhan yang mulia. Jadi mesti ada yang berasa gusar macam mana nak tingkatkan tenaga semasa bulan puasa nanti. Jom ikuti tips berikut untuk kekal cergas sepanjang berpuasa nanti. Tips ini juga berguna untuk hari-hari biasa.

1. MENGAWAL TEKANAN

Tekanan emosi banyak menggunakan tenaga. Rasa tertekan boleh menyebabkan kita berasa letih dan lesu. Jadi ambil langkah untuk mengawal tekanan dengan berbual dengan rakan-rakan, bersantai atau minum segelas air. Terapi seperti meditasi, bersenam, solat dan zikir (bagi muslim) juga berkesan untuk mengurangkan tekanan.

2. MERINGANKAN BEBANAN

Terlalu banyak kerja adalah punca keletihan. Banyak kerja seperti tugas di pejabat, keluarga dan tanggungjawab sosial. Buat senarai untuk setiap aktiviti seperti "mesti buat'. Menetapkan senarai keutamaan untuk setiap aktiviti bermula dari penting kepada yang lebih santai.

3. MELAKUKAN SENAMAN

Senaman membantu untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik. Ia juga memberikan sel-sel lebih tenaga untuk membakar dan menghantar oksigen. Bersenam membantu badan melepaskan adrelina dan norepinephrine. Jumlah tekanan hormon yang sederhana boleh membuatkan kita berasa lebih bertenaga. Antara senaman yang paling mudah ialah dengan berjalan kaki dengan pantas.


4. ELAKKAN MEROKOK

Merokok boleh menyebabkan imsomnia. Nikotin dalam tembakau adalah perangsang yang mempercepatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan tekanan darah, dan merangsang aktiviti otak yang menjadikan manusia sukar untuk tidur.

5. HADKAN WAKTU TIDUR

Terlebih waktu tidur juga boleh menyebabkan badan berasa letih. Sebaiknya tidurlah dalam waktu yang cukup selama 8 jam sehari. Tidur yang berkualiti membantu dalam meningkatkan tenaga untuk badan.


6. AMALKAN MAKANAN UNTUK TENAGA

Mengambil makanan yang seimbang adalah lebih baik berbanding makan banyak. Ia adalah lebih baik untuk makan hidangan kecil dan makanan ringan setiap beberapa jam daripada tiga kali makan besar sehari. Pendekatan ini boleh mengurangkan persepsi anda keletihan kerana otak anda memerlukan bekalan tetap nutrien. Makan makanan dengan indeks glycemic yang rendah - yang gula diserap perlahan-lahan - boleh membantu anda mengelakkan lag dalam tenaga yang biasanya berlaku selepas makan gula cepat diserap atau kanji ditapis. Makanan dengan indeks glisemik yang rendah termasuk bijirin, sayur-sayuran yang tinggi serat, kacang, dan minyak yang sihat seperti minyak zaitun. Secara amnya, makanan tinggi karbohidrat mempunyai indeks glisemik tinggi. Protein dan lemak mempunyai indeks glycemic yang dekat dengan sifar.

7. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Ada orang kata ambil kafein dalam kopi membantu untuk menghilangkan mengantuk. Namun pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan imsomnia.

8. JAUHI ALKOHOL

Alkohol terkenal dengan keburukannya terutama untuk kesihatan. Kalau boleh elakkan mengambil alkohol untuk menjaga kesihatan diri.

9. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Air kosong membantu meningkatkan tenaga dalam badan. Air membantu badan daripada terhidrat akibat cuaca dan keadaan persekitaran. Air adalah nutrien penting untuk tubuh. Banyakkan minum air untuk kekal cergas sepanjang hari terutamanya ketika mengalami musim panas.

Suplemen Shaklee yang membantu dalam memberikan nutrisi dan tenaga sepanjang hari ialah SET MIGHTY 3 GERM SHAKLEE.


Hubungi Feni untuk mendapatkan MIGHTY 3 GERM anda melalui salah satu saluran di bawah:- 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.