[BERAT BADAN SEMAKIN MENURUN SELEPAS AMALKAN SET KURUS SHAKLEE]




.

Selalu kongsi testimoni orang lain aje. Kali ni Ayen nak kongsi testimoni Ayen sendiri. Amat rugilah kalau seseorang SID tu tak cuba sendiri keberkesanan produk-produk Shaklee. Rasa sendiri baru best kongsi pengalaman dengan orang lain. Sebelum ini Ayen consume Set Pantang dan Menyusu. Itu pon dah Wow! Kali ini Ayen cuba Set Slim pula.
.

Pada mulanya Ayen tak pasang niat nak turunkan berat badan. Dengan alasan masih breastfeeding-kan Amani, Ayen terima aje potongan badan yang tak berapa nak kurus ni. Perasan badan tak naik bagai dipam-pamlah kononnya . Makan pun control sikit-sikit aje. Tapi memanjang cheat day saja hihi. Nampak sangat mudah goyah dengan makanan .
.

Bulan Oktober tahun lepas Shaklee ada buat promosi Lecithin dan Alfalfa. Waktu itu Ayen pun promote dengan semangat di FB Page, FB dan IG. Hasilnya ada sahabat lama yang contact Ayen mahukan vitamin untuk kuruskan badan dan dalam masa sama nak susu meriah. Maklumlah selepas melahirkan baby naklah buang segala lemak-lemak berlebihan sewaktu mengandung dulu.
.

Hah! Memang bertepatan dengan promosi bulan tu. So Ayen pon recommend dekat sahabat ni ambil lah Lecithin dan Alfalfa. Pakat borong untuk customer eh apa kata Ayen cuba sekali. Maklumlah harga runtuh. Tak kan tak nak grab. Lepas tu tak kan kite tengok aje orang lain kurus, takkan tak nak kurus sama..kheennnnn.
.

Maka Ayen pon start consume Alfalfa, Lecithin dan Ayen add on Omega Guard. Omega Guard ni pada awalnya Ayen ambil untuk untuk skin, daya ingatan fokus bila buat kerja terutamanya bila laksanakan hal-hal Shaklee dan waktu tu Amani pula terkena batuk dan selesema dari abangnya. Di sebabkan Amani masih menyusu secara tak langsung bolehlah Ayen salurkan nutrien hebat ini melalui susu ibu. Reda la sikit batuk dan selesema.
.

Waktu tu usaha-usaha yang Ayen buat hanyalah:

1) Minum air masak banyak. At least 2-3 liter sehari. Penting minum air banyak sebab kita boleh flush out semua toksin dan pada masa sama mengekalkan kandungan air dalam badan.
.

2) Dinner awal dalam pukul 6.30 petang. Jadi perut mempunyai cukup masa untuk memproses makanan sebelum tidur. Bagi mereka yang berniat nak menguruskan badan makan malam selalunya light-light saja. Kerana penggunaan tenaga lebih rendah berbanding waktu siang.
.

3) Sejak jadi WAHM banyak masa Ayen di rumah bersama anak-anak. Nak keluar joging agak risky jika hanya dengan anak-anak. Jadi Ayen banyakkan aktiviti bermain dengan anak-anak. Tak kiralah jadi kuda round satu rumah. Jadi jongkang jongkit, lari-lari anak dalam rumah, menari dengan diorang sambil tengok Hi5.
Macam senang tapi penat tau sebab stamina diorang lagi mantap. Mama nak pitam dah diorang steady gelak-gelak lagi. Yang penting anak-anak gembira mama boleh burn lemak-lemak.
.

Konsisten makan untuk 2 bulan. Lecithin tu dalam erti kata konsisten consume untuk 2 botol. Ayen memang dah lama tak naik penimbang. So ada sekali tu visit makcik kebetulan rumah dia ada penimbang. Punyalah excited mak Ayen, Ayen, makcik-makcik pakat timbang nak tau berat masing-masing. Kelakar la pulak. So Ayen pon naik je penimbang tanpa ada perasaan apa-apa. 
.

Dalam hati ini kita expect standard nombor “6” kat depan. Tetiibaaa! Yang muncul nombor “5” tau. Lama betul tak merasa uollss. Lagi best sebab lagi ringan dari waktu naik pelamin. Terasa di awang-awangan kejap. hihi. Kenapalah tak jumpa Shaklee masa nak kawen dulu. Kalau tak lagi meletop-letop masa naik pelamin 5 tahun lepas (walau waktu tu dah cukup meletop kot hahahah). Masa ni turun 3Kg banding masa last timbang suatu ketika dahulu (bila tu jangan di tanya sebab memang dah lupa..hihi)
.

Masa tu pun dah rasa dah syok. Wahh boleh tahan juga penangan Alfalfa, Lecithin dan Omega Guard. Ayen masih teruskan pengambilan macam biasa sebab bila konsisten makan Set Slim ni badan lagi sedap, ringan, perut rasa cam leper kosong. Kalau tak rasa bloated, kembung macam preggy 3 bulan. Padahal lemak dengan angin aje lebih kot.
.

Nak dijadikan cerita, awal bulan Disember kami ex-school mate ada reunion. Seronok ni jumpa member lama. Rata-rata tak jumpa sehingga berbelas tahun. Ramai bagi komen waktu tu nampak kurus. Eh tapi serius ayen memang takde rasa kurus sangat. Sikit aje mungkin. Tapi bila ramai yang bagi komen eh tak boleh jadi ni. So gigihlah mencari gambar paling latest untuk buat comparison. Tadaaa ini lah hasilnya. Mungkin weight loss tak banyak sangat tapi yang ayen perasan inch loss. “Kecut” banding sebelum ambil Lecithin dan OmegaGuard.
.

Dan sejak January, Ayen add on pula Vivix. Alang-alang promosi kita stok up sekali. Bila ambil Vivix, penangan seminggu pertama memang boleh tahan body nak adjust. Ayen rasa berat sangat kepala, badan pula rasa seram sejuk. Tapi masih teruskan pengambilan Vivix dan minum air banyak. Sebab tahu badan dalam proses nak adjust menerima "vitamin terbaik" ini. Lepas seminggu baru rasa badan lagi sedap, bertenaga nak melayan anak-anak, kurang marah-marah (walaupun sebelum ni saya cool aje hihi).
.

Yang paling best jerawat kat muka semakin pudar.
.

Alhamdullilah. Kurus secara sihat, cantik pon secara sihat. Itu yang penting. Kurus slow and steady dan tidak mengejut. Takut kalau kurus secara drastik, naiknya pon secara drastik. Seram!!!

Inilah kisah #shakleeeffect saya. Best! Terima kasih Shaklee. Terima kasih Mama Khairani Bahaudin sebab perkenalkan Ayen dengan produk hebat ini. Sumpah setia sampai mati.

Kredit to :  Supermom Shaklee Story

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat secara percuma ? Anda boleh terus menghubungi Feni melalui salah satu saluran di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.