June 22, 2017

13 Suplemen Yang Selalu Manjadi Pilihan Orang Ramai


Antara suplemen yang sering manjadi pilihan orang ramai ialah :-

1. Protein

 Protein sangat penting untuk membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon dan enzim.
✿ Stress, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protein yang berkualiti.
 Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protein secara keseluruhannya. Protein berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
 Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Makanan tambahan protein boleh menggantikan protin tanpa lemak. Sumber protein seperti daging, susu dan keju sangat tinggi kandungan lemak.
 Ia merupakan kunci bagi respon imun yang betul menentang kejangkitan.


Pilihlah makanan tambahan protein yang rendah lemak, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik. Mengandungi karbohidrat untuk kegunaan aksi "simpanan portein". Kesemua asid amino perlu. Kadar effesiensi protein (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti). Ianya tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa.

2. Vitamin dan mineral berganda

 Membantu menyemimbangkan kekimiaan badan.
 Menampung kekurangan diet yang kecilan.
 Membolehkan penggunaan makanan lebih baik.
 Ia merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
 Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang tidak makan dengan betul.
 Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.

Multivitamin harus mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral lain. Bekalan harian yang disyorkan harus mengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin. Manakala kalsium, forforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 100 peratus. Ini disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. 

3. Vitamin C

 Ketara meningkatkan respon imun
 Stress meningkatkan keperluan vitamin C.
 Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
 Ketara membantu penyerapan besi.
Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
 Membantu memulihkan luka.
 Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit)
 Menyingkatkan masa selsema dan mengurangkan simptomnya.

Vitamin C yang baik harus bersifat pelepasn masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. Ia juga harus mengandungi bioflavonoid. Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk yang boleh kunyah.

4. Alfalfa

✿ Salah satu makanan tambahan tertua yang kita kenali.
Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kualiti secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
 Mengandungi klorofil, sejenis agen deodorant dan pencegah toksik asli.
 Ia mengandungi 16 vitamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dengan protein.
 Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
✿ Ia mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Cari alfalfa yang tidak ditanam dengan menggunakan racun seranggan dan racun rumpai. Alfalfa yang banyak menggunakan daun berbanding  akar dan batangnya. Ini kerana akar dan batang alfalfa boleh menyusutkan kualitinya. Daunnya pula harus diproses menggunakan proses pengeringan secara semula jadi iaitu melalui sinaran matahari bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.

5. Vitamin E

 Penyelidikan menunjukkan vitamin E berperanan dalam mencegah kanser.
 Membantu melambatkan proses penuaan sel.
 Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
 Antioksidan yang berpotensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
 Membantu sel-sel memperoleh lebih oksigen.
 Penyelidikan menunjukkan vitamin e mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
 Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien.
 Melindungi menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran.



Vitamin E yang baik haruslah mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling aktif. Ia harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum. Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.



6. B-Complex

 Membantu memerang kelesuan.
Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah deprsei.
 Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasan dari makanan.
 Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B.
Diperlukan untuk saraf yang sihat.
 Dos tambahan diperlukan untuk menangani stress.

B-Complex terbaik haruslah mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diiktiraf.Juga mengandungi asid folik.

7. Lecithin


Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana membantu mengangkut dan mengeluarkan lemak dari sel-sel.
 Mengisi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
 Membekalkan asid-asid lemak perlu.
 Ia merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf.
 Boleh menurunkan kolestrol.
 Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.


Terdapat beberapa sumber lecithin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati. Namun sumber yang paling kaya dan paling berpotensi ialah dari kacang soya. Carikan sumber ini bila memilih lecithin. Kapsul adalah lebih baik berbanding cecair kerana lecithin boleh terjejas bila terdedah di udara.


8. Kalsium/Magnesium

Membina tulang dan gigi yang kuat.
Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
Wanita hamil dan menyusu memerlukan dos yang berlebihan.
 Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
 Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot.
 Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis.
Kanak-kanak dan remaja memerlukan dos yang lebih tinggi untuk proses pertumbuhan.
Hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot semuanya dilaporkan berespon kepada lebihan kalsium/magnesium.


Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral ini. Keduanya digunakan sepenuhnya. Ia harus mengandungi sedikit forforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-fungsi badan.

9.  Zat Besi

✿ Membina sel-sel darah merah.
✿ Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
90 % wanita yang berumur antara 12 hingga 44 tahun mengalami masalah kekurangan zat besi.
✿ Diperlukan untuk tenaga otot dan tenaga daya.
✿ Membantu mencegah anemia.
✿ Penting bagi sistem imun anda.
✿ Ia merupatakn mineral nombor satu yang berkemungkinan anda paling kurang.
✿ Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli sukan, wanita kurus mengalami zat besi yang rendah secara kronik menyebabkan mereka mengalami kekurangan tenaga.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan badan berasa lemah dan letih.

Besi ferik hampir mustahil untuk diserap. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang terbaik adalah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg Vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan.

10. Zink

✿ Perlu bagi memulihkan luka.
✿ Komponen penting bagi insulin.
✿ Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sitem badan dengan pantas.
✿ Amat penting dalam sistem imun.
✿ Memelihara deria bau dan rasa.
✿ Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
✿ Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artitis, masalah prostat, serta beebrapa keadaan kulit seperti akne dan dermatitis. 
Memainkan peranan dalam proses stress.

11. Gentian

✿ Mengurangkan sembelit dan masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia heatus.
✿ Boleh membantu mencegah kanser kolon.
✿ Boleh mengurangkan paras kolestrol.
✿ Amat sesuai untuk pelangsing badan. Mengenyangkan dan membantu mengawal gula dalam darah (mengurangkan rasa lapar).
✿ Membuang toksin dalam badan dan membantu proses perncernaan.
✿ Mendorong bakteria sihat dalam usus besar.

Gentian harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. Bebas bahan pengawet, pewarna, perisa dan pemanis tiruan. Gentian yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan rendah kalori. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.

12. EPA

✿ Boleh menurunkan trigliserida.
✿ Boleh meningkatkan kolestrol HDL yang baik dalam darah.
✿ Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
✿ Membantu mengurangkan sakit kepala seperti migrain.
✿ Sesetangah kajian menunjukkan perbaikan dalam simptom artritis reumatoid.
✿ Penting bagi jantung anda dalam masyarakat yang tiarap menghidapi penyakit koronari.

E.P.A. (Asid Eikosapentaenoik) ialah asid lemak omega-2 yang menjadi begitu popular dalam dunia pemakanan. Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susul". Ini merupakan minyak ikan dan kebanyakkan memberi rasa susul dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengtasi masalah ini. Carikan suatu tanpa kolestrol. Adalah mustahak ianya telah disahklan berkesan melalui ujian klinikal.

13. Julap/ Laksatif Herba

Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba bukannya bahan kimi atau minyak yang kasar dan merengsakan. Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencertuskan iritasi. Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.


Pilihlah suplemen yang dihasilkan secara semulajadi yang bebas bahan kimia seperti produk Shaklee kerana ianya disahkan halal dan selamat untuk diamalkan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Subscribe blog ini


Hubungi Safeni

Name

Email *

Message *

Instagram

Arkib Blog