July 18, 2017

PENGALAMAN PERTAMA MINUM ESP


Pengalaman pertaman Feni minum ESP ketika Adik Rayyan masih menyusu badan. Masa tu Feni mengalami masalah susu badan merudum. Mungkin sebab stress atau penat kerja. Pam pula tak ikut waktu.

Feni tanyakan soalan macam mana nak banyakkan susu ibu di status fb. Masa tu dalam bulan 3 atau bulan 4 tahun 2015. Ramai sahabat-sahabat muka buku bagi suggestion tentang produk dan cara-cara nak tambahkan susu ibu. 

Antara perkara yang mereka share ialah suruh buat power pumping. Masa tu rasa cetek sangat ilmu bab-bab menyusu ni walaupun anak dah yang kedua.

Banyak juga la suplemen yang diorang suggest untuk dijadikan milk booster. Feni cuba macam-macam produk untuk tambah susu ibu. Alfalfa adalah suplemen shaklee pertama yang Feni cuba untuk menambah susu. Tambah dengan ESP untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Mula-mula minum ESP memang sedap. Feni suka tambah cocoa tamar dalam ESP supaya lebih pekat dan lebih sedap. Nak minum ESP saja pun boleh. Rasa kenyang boleh sampai tengahari. Tau sajalah kalau dah menyusu ni kita perlukan makanan yang banyak sebab rasa haus dan lapar.

Masalah Feni bila menyusu ni nak makan je. Lapar sokmo orang kata. Untuk mengelakkan mulut ni mengunyah makanan yang kurang sihat dan banyak lemak yang boleh menggemukkan. Feni akan shake-shake ESP dalam shaker kemudia letakkan di meja sebagai hidangan sampingan. Bila rasa lapar nak mengunyah telan je bancuhan ESP.

Lepas minum ESP, Feni perasan yang susu memang meriah sampai bengkak susu la kalau tak pam. Sekali pam pulak dapat 2 3 botol.

Tadaa. Ni adalah hasil sekali pam. Ada lagi simpan dalam instagram. Hihi

Kalau tanya Feni puas hati ke tak dengan minum ESP sebagai milk booster. Feni akan jawab Feni bagi 10 bintang. Sebab sangat-sangat membantu dalam memperbanyakkan susu ibu. Milk booster terbaik orang kata.

Satu tong ESP pula mengandungi 850g soya. Satu tong tu kadang-kadang tahan sampai 2 bulan sebab maksimum minum hanya 3 sudu sehari. Satu sudu pun dah pekat ditambah pula dengaa minuman kegemaran seperti cocoa tamar. Memang terbaik rasanya.

Pengambilan secara konsisten dan berterusan menjadikan kulit Feni bertambah cantik dan gebu. Feni perasan parut-parut chiken pox di muka macam dah semakin pudar.

Alhamdulillah Feni dah jumpa minuman yang sesuai untuk Feni amalkan.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba atau ingin buat pesanan bolehlah menghubungi Feni melalui salah satu medium di bawah :-


Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.