5 Tips Untuk Ibu Hamil Yang Mengalami Sembelit Ketika Berpantang

Sunday, August 13, 2017


Sembelit dikalangan ibu hamil, bersalin dan berpantang memang tidak boleh dinafikan. Bagi ibu yang mengalami masalah sembelit ketika dalam pantang boleh menyebabkan emosi terganggu. Penting untuk menjaga emosi ketika dalam pantang untuk mengelakkan masalah kesihatan seperti meroyan.

Berikut adalah faktor-faktor masalah sembelit terjadi kepada kalangan ibu-ibu selepas bersalin:


  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormone progesterone yang tinggi semasa hamil.
  • Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka epistomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.


Cara atasi sembelit selepas bersalin:


1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.

2. Terus ke tandas jika rasa mahu 'membuang' walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C yang memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomy ataupun luka caesarean.

5. Amalkan suplemen yang sesuai semasa berpantang kerana bukan sahaja membantu mengatasi masalah sembelit malah mempercepatkan proses penyembuhan. Antara suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk ibu bersalin bagi mengelakkan sembelit ialah Alfalfa, Ostematrix dan Vitamin C. Kesemua vitamin ini terdapat dalam Set Berpantang Shaklee.

Cadangan Suplemen Untuk Ibu Berpantang Ialah


  • ESP
  • Vitamin C
  • Omega Guard
  • Vitalea 
  • Ostematrix 
  • B-Complex




Kesemua suplemen atau vitamin ini sesuai diamalkan oleh ibu untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan juga anak. Selain memberikan tenaga, ia juga membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan terutamanya luka dalaman.

Bagi ibu-ibu yang kurang yakin untuk mengamalkan jamu tradisional kerana dibimbangi menjadi panas oleh sesetengah orang boleh cuba kepada pengambilan suplemen kerana suplemen ini bukan sahaja membantu proses penyembuhan malah menjadi "milk booster'' untuk proses menyusukan anak.

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee dan khidmat nasihat percuma boleh hubungi Kak Feni:-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.