RESEPI MANGGA ASAM BOI PALING RINGKAS DAN SENANG UNTUK DIBUAT

Monday, November 06, 2017
Ermmm dengar saja mangga asam boi, mulut dah meleleh air liur. Bagi peminat asam macam Feni ni memang tak boleh tengok atau dengar pun pasal mangga yang masam-masam tu.

Kebetulan dapat buah mangga kawan husban bagi, maka terjadilah mangga asam boi versi Feni. Meleleh ayaq liur.

Bahan-bahannya mudah saja :-

1. Mangga
2. Asam Boi
3. Cili Api Merah
4. Belacan
5. Gula secukup rasa


Feni suka kupas kulit buat mangga ni sampai licin. Sanggup naik motor pergi beli pisau di kedai. Haha sebab memang sangat-sangat menjimatkan masa berbanding guna pisau biasa.

Dah siap kupas, potong ikut suka. Feni suka potong halus-halus dan kecil-kecil supaya senang di ngap.

Kemudian masukkan cili yang dipotong-potong. Masukkan asam boi. Ikut suka kalau mangga banyak letak banyak sikit supaya rasanya ngammm.  Kemudian masukkan sedikit gula dan belacan. Kemudian gaul rata. Letakkan dalam peti ais untuk beberapa ketika supaya bahan-bahan tadi menyerap sekata. Jangan letak air untuk mangga asam boi ni sebab nanti mangga ni akan keluar air sendiri.

Maka dengan ini, terjadilah mangga asam boi yang paling sedap untuk tekak Feni. Ini adalah kali ke 3 Feni buat. First time buat untuk Feni dengan suami je. Kemudian buat untuk rakan-rakan opis. Kali ni untuk family je.

Tadaaa. Sedapnye. Nyum-nyum.

Nak ucap juga terima kasih kepada kawan abah yang bagi mangga ni. Nanti kami hantar mangga asam boi kat sana ya ?

Okey selamat mencuba. Kalau Feni open order agak-agak ada yang mau ke ? Hihihi

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.