BILA KITA BETULKAN NIAT, ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA

Friday, December 22, 2017

Niat atau naiwaitu perlu dibetulkan bila nak buat bisnes online. Memang nak buat bisnes online orang kata sangat mudah sebab tak perlu sewa kedai yang mahal, modal yang banyak dan sebagainya. Namun kalau tiada keyakinan dalam diri semuanya hanya sia-sia.

Macam aku dulu. Start bisnes online sebab nak kaya weh ! hahahaha ingat sekali memang insaf. Namun bila aku buat dan buat aku rasa down gila. Aku rasa aku dah buat semua. Bayangkan nak dapat satu jualan pun susah. Bila dapat jual 1 tube herbal blend rasa macam dah bagus gila babas da. Dah bagus macam 7 petala langit dan bumi.

Orang lain dapat sales berjuta sehari rileks je aku dapat untung RM5 pun syukur ya rabbi. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kenapa aku buat bisnes online ? Niat aku sama je macam korang. Nak banyak duit.

Hehehehe sebab apa nak banyak duit ? Duit beb. Duit ! macam-macam boleh buat dengan duit. Nak masuk toilet pun kena bayar 30sen sakarang ni. No free free.

Bila aku betulkan niat, doa betul-betul pada Allah dan set target. Banyak benda yang Allah tunaikan impian aku. Perlahan-lahan Allah tolong aku. Ketika aku rasa aku lah manusia paling tak guna dalam hidup ni sampai tahap tak nak jumpa sapa2. Aku rasa down sangat. Bila semua kecam dan menjauh.

Aku tak ada ramai kawan masa aku susah tapi aku ada ramai sahabat yang selalu support aku masa aku susah. Adik beradik dan keluarga yang sentiasa support bila aku perlukan bantuan. Syukur sangat aku tidak sampai ke tahap depresi. Macam penyanyi Korea yang bunuh diri tu.

Bila kita dekatkan diri kita dengan Allah, inshaAllah segalanya dipermudahkan. Macam mana Allah nak bagi itu semua kerja Dia. Kita ni hamba ikut saja.

Dulu aku pernah kerja macam dan pengalaman itu sangat berharga untuk aku. Kini aku tak perlu lagi untuk bersusah payah untuk buka tutup payung. Guna je medium online yang ada. Ikut je cakap mentor dan yakin dengan apa yang kita buat ni betul.

Bila kita yakin. InshaAllah rezeki itu akan datang dengan mudah kepada kita. Yakin akan sentiasa ada orang nak beli dengan kita. Bila masuk group motivasi kena aktif dan buat apa yang mentor suruh buat. Antara amalan yang mentor suruh buat adalah Menjemput Rezeki.

Buat bisnes ni Allah adalah bos kita. Bila kita dekat dengan Allah. Allah akan permudahkan segala urusan kita.

Betulkan niat dulu untuk mengubah diri sendiri dan juga membantu orang lain. Bila kita bantu orang lain. Allah akan bantu kita. Allah sayang sangat dengan kita. Apa yang buruk itu semuanya dari kita dan yang baik itu semuanya dari Allah.

Catatan Jumaat,
Safeni Feni

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.