5 TIPS UNTUK MENDAPAT KULIT YANG ANJAL SEPERTI MASIH REMAJA

Thursday, March 22, 2018

Bila umur semakin meningkat ni, kedutan mula menyinggah dan mula kusam dan nampak lebih tua. Ramai wanita yang memilih untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menghalang penuaan. Ada juga yang mudah terpedaya dengan momokan iklan-iklan di pasaran yang membantu dalam mencantikkan dan menjadikan kulit dalam beberapa hari saja.

Ingat ! Pilihlah produk-produk yang selamat untuk digunakan dan jadilah pengguna yang bijak. Jangan sebab nak cepat cantik dan kesan yang awal sampai menggadai kesihatan sendiri.

Kita boleh amalkan 5 Tips ini dalam meremajakan dan anjalkan kulit


1. Minum air kosong secukupnya.

Tahu tak air sangat penting dalam proses menghasilkan tisu-tisu baru dalam badan. Penjalanan darah juga lancar dengan adanya air yang secukupnya. Untuk setiap 25kg berat badan, kita perlu minum air sebanyak satu liter. Nisbahnya 25kg berat : 1 liter air. Contohnya macam Feni yang berat sekarang ialah 60kg, jadi kena minum air minimum sebanyak 2.4 liter sehari.

2. Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian

Serat dan vitamin dalam buah-buahan dan sayuran membantu dalam proses perkumuhan dan penghadaman. Penghadaman yang baik merupakan satu detox yang baik bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Makan ikut piramid makanan.

3. Scrub muka dan badan dengan bahan-bahan semulajadi

Selalu menjaga kulit muka dan badan dengan menggunakan scrub dari bahan-bahan semulajadi seperti garam bukit, biji kopi dan juga bahan-bahan yang ada di dapur tu. Cuba untuk manjakan diri dengan melakukan scrub untuk tubuh dan muka bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Sel-sel ini lah yang menjadikan kulit nampak kusam dan nampak tua. Lakukan  sekali atau dua kali seminggu.

4. Bersenam 

Apa kaitan nak cantik dengan bersenam ? Bersenam ni sangat penting untuk mendapatkan kecergasan. Bila otak kita mendapat oksigen yang cukup selepas bersenam secara tak langsung menaikkan semangat bagi meningkatkan kualiti kehidupan. Bersenam membantu dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal dan juga boleh mencantikkan kulit.

5. Amalkan suplemen yang sesuai

Yang ni sangat penting sebab suplemen membantu dalam memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Kadang-kadang kita tak tahu makanan yang kita makan hari-hari itu cukup tau tidak zatnya. Jadi untuk mendapatkan kulit yang sihat boleh amalkan suplemen yang kaya dengan protein seperti ESP, Vitamin C yang bagus untuk kulit, Vitamin E yang kaya dengan anti-oksidan bagi menghalang penuaan, dan juga vitamin penting yang lain.

KELEBIHAN SHAKLEE


Menyediakan suplemen yang sihat dan selamat untuk digunakan. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan diuji secara klinikal. Tidak hanya melalui testimoni malah ianya telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat untuk diamalkan.

Untuk mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda, boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com





No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.