BERPANTANG TRADISIONAL VS MODEN

Friday, March 23, 2018


Hari ni penuh di media sosial dengan pendapat masing-masing. Macam perang siber pulak antara para doktor dan juga orang awam.

Berpantang ni ikut pandangan masing-masing. Kalau korang rasa apa yang korang buat tu betul just go ahead. Badan sendiri yang rasa kan bukan orang lain. So tak payah nak pening-pening fikirkan apa yang orang lain cakap. Terpulang pada diri sendiri. Isu laksa, makan tak pantang dan sebagainya kadang-kadang sampai tak tahu mana nak ikut. 

Bagi Feni yang memang ikut pantang orang tua-tua sebab takut lambat sembuh. Alhamdulillah kedua-dua anak Feni sebelum ni tiada masalah yang teruk-teruk. Kuning biasa tu ada juga tapi tak sampai masuk wad.

Masa dalam pantang, Feni memang banyak minum air suam kosong sebab sangat dahaga. Orang tua-tua pesan jangan minum banyak sangat takut bawah kita berair. Kalau kita tak minum air macam mana nak hasilkan susu yang banyak.

Makanan pulak memang makan makanan dalam pantang yang seimbang. Makan nasi ikut sukatan tak boleh tambah-tambah sebab takut berat badan pun bertambah. Lauk pulak yang kering-kering macam ikan masin, ikan bilis. Selalu masakan yang dibuat goreng dengan minyak yang sikit. Banyak makan halia, bawang putih dan juga lada hitam bagi memanaskan badan. Sayur pulak sup sawi dan pegaga yang dibuat ulam. Ikan segar yang tidak gatal macam ikan gelama dan ikan cencaru. Ada juga buat kari dan sup. Macam biasa saja.

Kadang-kadang nurse yang datang tak bagi makan semua tu sebab takut baby bertambah kuning tapi alhamdulillah anak-anak Feni semuanya okey. Tak kembung dan boleh tidur dengan lena.

Bab berpakaian pula, pakai pakaian yang berlengan panjang dan berstoking sebab takut masuk angin dalam badan. Yang ni Feni memang ikut sebab kalau pakai baju yang lengan pendek rasa badan macam berangin dan kembung je. Tau lah bila angin masuk badan ni, kita pun akan berangin.

Pantang 44 hari dengan pakai stoking, baju lengan panjang, rambut ikat ketat-ketat, mandi herba, berurut, dan bertungku. Semua ni memang mengajar erti kesabaran untuk ibu dan pasangan. Menjaga orang yang baru lepas bersalin ni memang susah tapi hasilnya memang tak boleh dinafikan. Badan kembali pulih dan sihat anak dara. Muka pula tidak pucat dan nampak lebih berseri. 

Jamu vs vitamin

Masa berpantang dulu belum kena vitamin lagi. Jadi Feni banyak amalkan jamu semasa dalam pantang. Alhamdulillah banyak membantu memberikan tenaga. Masalah sembelit pun tiada. Setiap hari membuang dengan senang. 

Vitamin pulak Feni kenal masa menyusukan Adik Rayyan. Masa tu memang stress sehinggakan susu drop. Kita pulak kerja dan memang banyak tekanan. Akhirnya jumpa SET MENYUSU SHAKLEE iaitu ESP, Alfalfa, Vitamin C, B-Complex dan Vitalea. Semakin lama, semakin jatuh cinta sebab bukan sahaja membantu dalam memperbanyakkan susu badan, malah badan pun lebih cergas untuk melalui hari-hari mendatang.

Jadi untuk mereka yang pilih untuk berpantang tu, ikutlah badan masing-masing. Kalau rasa tak boleh nak makan, jangan makan. Kalau rasa boleh makan, teruskan.

Tepuk dada, tanya selera.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.